
Tip dan Cara Buat Donut Pandan Montel Sukatan Cawan
Kali ni kak cik guna cawan kopi untuk sukat air 200ml. Kaedah penghasilan masih sama dengan sebelum ni.
Bahan-Bahan:
- 1 sbm yis (sudu metrik)
- 100 ml air pandan
- 2 sbm gula
- 2 sbm susu pekat
Bancuh sekata dan biarkan dalam bekas kedap udara hingga kembang. Setelah itu tuang ke dalam bekas yang berisi.
- 1 1/4 cawan tepung high protein
- 1 1/4 cawan tepung gandum (bakers’ choice)
- 1 biji telur
- 1 skm baking powder
- 1 skm bread softener
- 1 skm bread improver
- 1 skm shortening
- sedikit minyak (masa ulian terakhir)
- 1 sbm = 1 sudu besar metrik
- 1 skm = 1 sudu kecil metrik
- 1 cawan = 200 ml
Cara Buat:
1. Bancuh kesemua bahan dan uli hingga jadi doh yang tak lekat di tangan (20 minit). Tutup dalam bekas yang kedap udara selama (15-20 minit).
2. Setelah itu, canaikan doh dan potong kepada 8 bahagian. Bulatkan doh dan biarkan kembang sekitar 10-15 minit lagi. Buatkan lubang ditengah-tengah doh (guna tutup botol air mineral).
3. Goreng dalam minyak panas yang perlahan. Bila dah masak, angkat dan toskan. Bila dah sejuk, boleh taburkan gula.
Nota:
1. Sukatan air untuk donut berbeza ikut jenis tepung. Tepung donut pun bermacam-macam jenis, ada tepung multipurpose, ada tepung gandum biasa, ada high protein, dan ada tepung pau. Bila uli kena tengok doh, kalau liat dan keras, lepas dah masak pun dia akan liat juga. Doh donut kena lembut dan gebu masa kembang tu, doh kena lembut masa uli.
2. Masa uli doh memang melekat-lekat di tangan juga, teruskan uli dan lepas uli 15 minit, masukkan 2 sudu minyak masak atau buttercup. Uli lagi 5 minit, lepastu tutup bagi dia kembang sikit baru buat rounding. Sebelum rounding, sapu tepung sikit kat dua-dua tapak tangan, ambik doh dan mula rounding.
3. Kalau dah siap masak, biarkan sejuk, jangan bagi terdedah pada kipas. Bila dah sejuk, masukkan dalam bekas tertutup, nak makan boleh gaul dengan gula atau susu tepung.
Ada beberapa sebab donut mengecut;
- Lepas doh dah kembang (2x ganda) tak boleh terlalu lama dibiarkan, doh akan bertambah kembang dan akan mengecut (overproofing).
- Api dapur tak boleh terlalu besar.
Ada beberapa kaedah buatkan donut lebih sedap, gebu dan lembut;
- water roux – 25 gram tepung gandum + 125 ml air untuk sukatan doh 500 gram tepung gandum. Masak di atas api yg kecil sambil dikacau hingga likat.angkat dan biarkan sejuk.
- Menggunakan tepung high protein.
- Menggunakan air sejuk (peti ais).
- Menggunakan tepung pau.
- Tambahkan bread softener/bread improver, k-fine cream super, ovalette, susu segar atau margerin cair.
Resepi Oleh: Zainoor Aliza Ali