
Resepi Kuih Lapis Pandan Koko
Bahan-Bahan: Loyang saiz 7”X 7”
Bahan A –
2 cwn tpg beras
1 cwn tpg gndum
1/2 cwn tpg [email protected]
3 1/2 cwn santan (dari sebiji kelapa)
1 sudu teh garam
Bahan B –
1 1/4 cwn gula (klau nak manis tambah sedikit lagi)
1 cwn air
3 helai daun pandan (disimpul)
Bahan C –
4 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar air suam untuk bancuh koko
ATAU boleh juga guna 1 sudu besar coklat emulco
1/2 cwn air pandan (5 helai daun pandan + 1/2 cwn air diblender)
Sedikit pewarna hijau
Cara Membuat:
1. Masak bahan B hingga larut. Sejukkan. Satukan bahan A dan gaul rata. Masukkan bahan B ke dalam bahan A .Gaul rata dan tapis.
2. Bahagi adunan pada 2 bahagian. Satu bahagian dilebihkan sedikit. Contoh saya lebihkan bahagian warna hijau. Satu bahagian letak pewarna hijau dan satu bahagian lagi warna koko.
3. Panaskan pengukus dan balut penutup dengan kain bersih. Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak dan panaskan dalam pengukus sebentar.
4. Mulakan melapis. Saya guna 4 senduk adunan hijau. Kukus selama 5 minit. Selepas itu lapis pula lapisan kedua. Saya guna 2 senduk adunan koko. Kukus selama 5 minit juga.
5. Seterusnya ulangi proses yang sama hingga selesai. Saya buat 7 lapis. Lapisan terakhir kukus selama 25-30 minit. Angkat dan sejukkan dahulu baru dipotong.
Tip: Untuk buat dalam kuantiti yang banyak, gandakan bahan-bahan dan gunakan loyang besar atau yang bersesuaian dan proses mengukus dibahagian terakhir lebih kurang 40-45 minit.
Resepi Oleh: Pn. Marlina Murat – Group MAHN