Kari, Makanan Laut, Udang

Resepi Udang Kari Panang Thai

resepi-udang-kari-panang-thai

Resepi Udang Kari Panang Thai

Bahan-Bahan:

  • Udang (dibersihkan)
  • Sos ikan 3 sudu besar
  • Susu santan 1 kotak kecil
  • Daun ketumbar (hiasan)
  • Cili merah (hiasan)
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Sedikit Garam
  • 5 sudu besar minyak masak

Bahan Kisar:

  • Cili kering 10 batang
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang besar 1 biji
  • Serai 1 batang
  • Akar daun ketumbar 2 batang
  • Lengkuas 3 cm
  • Daun limau purut 2 helai (buang tulang tengah daun limau purut)
  • Kacang gajus/kacang santong 2 sudu besar
  • Serbuk ketumbar 1 sudu besar rata
  • Serbuk jintan 1 sudu kecil rata
  • Serbuk belacan 1 sudu besar rata

+ Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut. Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi.

+ Kisarkan sekali semua bahan di atas dan tambahkan 1/2 cawan air (kisar sehingga halus).

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak.

2. Masukkan udang dan Gaulkan. Biarkan ianya masak sebentar dan sedikit kering. Kemudian masukkan susu santan dan Gaulkan.

3. Masukkan sos ikan dan serbuk perasa. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan sedikit pekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kengsom Ikan Siakap

4. Angkat dan taburkan daun ketumbar serta cili merah. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

Resepi Udang Kari Panang Thai

Resepi Oleh: Nurul Ateekah