Resepi Gegatas Kuih Tradisi Masyarakat Banjar
Kuih Gegatas nama diberi, Salah satu kuih tradisi masyarakat banjar. Rasa lemak-lemak manis gitu. Ramai yang tak kenal kuih ni. Susah juga nak jumpa orang jual kuih ni. Saya sharekan resepinya di sini.
Bahan-Bahan:
- Kelapa parut setengah biji
- 2 cawan tepung pulut
- 2 senduk tepung gandum
- 1 sudu kecik garam
- Air secukupnya
- Gula
Cara Membuatnya:
1. Campurkan kelapa parut, tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam satu bekas. Kemudian uli adunan dengan air sampai adunan menjadi sebati dan tak lekat di tangan.
2. Kemudian bentukkan adunan (rujuk pada gambar). Setelah itu, goreng kuih dengan menggunakan api yang sederhana sehingga kekuningan.
3. Resepi asal orang dulu-dulu, Setelah kuih digoreng, sirakan kuih dengan gula macam sira kuih keria. Tapi saya tak ssuka kuih manis sangat, jadi saya blander gula pasir macam nak salut kuih donat tu.
4. Salutkan kuih dengan gula yang telah diblander terlebih dahulu. Tapi kalau suka kuih disira dengan gula macam kuih keria tu pun boleh juga, ikut selera masing-masing.
Nota: Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak, gandakan sukatan kelapa parut dan tepung serta garam secukup rasa.
Resepi Oleh: Nadia Ismail