Ayam

Resepi Chicken Makhani atau Indian Buttermilk Chicken

resepi-chicken-makhani-atau-indian-buttermilk-chicken

Resepi Chicken Makhani atau Indian Buttermilk Chicken

Resepi ni memang super creamy, sedap dan sesuai untuk anak-anak sebab tak pedas. Boleh makan dengan roti prata, roti puri, roti naan atau pun nasi! Siapa yang biasa makan tu, mesti tau nikmat buttermilk chicken ni. Kalau buat untuk hari raya confirm licin! Cara nak buatnya tak susahpun. Saya share resepi ya. Selamat Mencuba!.

Bahan Perap:

  • Ayam 10-12 ketul saiz kecil
  • 4 sudu besar yogurt
  • 1senduk besar perahan lemon
  • 1sudu besar garlic paste
  • 1 sudu besar ginger paste
  • 3 sudu besar cili powder
  • 1 sudu besar serbuk garam masala
  • Garam

Perap ayam dalam 30 minit ke sejam dan ketepikan dulu.

Bahan Kuah:

  • Bawang Besar 1 biji potong dadu
  • Bawang Merah Ros 6 biji potong dadu
  • 6 Ulas bawang putih potong dadu
  • Halia besar ibu jari hiris
  • Tomato 3 biji saiz besar potong dadu
  • Cumin powder 1 sudu kecil
  • Coriander powder 1 sudu kecil
  • Garam masala 2 sudu besar
  • Cili powder 1-2 sudu besar (tak nak pedas boleh kurangkan)
  • Kacang Gajus 1 Genggam

Cara Memasak:

1. Tumis semua bahan di atas ni sampai pecah minyak. Jangan guna terlalu banyak minyak ya. Bila dah masak, blendkan semua bahan sampai halus. Bila dah siap ketepikan dahulu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Dumpling

2. Ayam yang dah perap tadi, goreng dengan minyak yang sedikit sampai ayam masak. Dalam kuali lain, panaskan butter, masukkan paste bahan kuah yang kita dah blend tadi.

3. Kemudian, masukkan semula ayam yang digoreng dan biar dia masak. Perasakan dengan garam dan lemon secukupnya. Bila nak hidang, tuang cream milk dan taburkan daun ketumbar. Siap untuk dihidang!.

Resepi Chicken Makhani atau Indian Buttermilk Chicken

Resepi Oleh: Shahmila Radha