
Lobster Butter Cheese Guna Udang Biasa Pun Boleh
Nah, “Lobster Butter Cheese” dah la simple, lain macam kesedapannya. Lobster tu boleh gantikan dengan udang galah atau udang biasa.
Bahan-Bahan:
- 1/2 potong buttercup (butter apa pun boleh)
- 1 biji bawang holland potong dadu
- 4 ulas bawang putih hiris nipis
- 5 biji cili padi ( ikut kepedasan sendiri)
- 1 tin susu sejat
- 2 keping cheese
- 2 tangkai daun kari
Cara Memasak:
1. Lobster ni panjang dia anggaran dekat 25cm. Korang boleh ganti dengan udang galah atau udang biasa. Ketam pun boleh. Kita yang buat dia kan. Lepas potong dan cuci bersih Loster ni kukus dulu dalam 20 minit. Takda pengukus, boleh rebus je. Air kukusan tu ketepikan dulu.
2. Panaskan kuali dan letak butter. Pastikan api perlahan je masa nak cairkan butter. Masukkan daun kari serta bawang holland dan kacau sampai naik bau. Masuk pula bawang putih. Bawang putih masuk kemudian untuk elakkan hangit.
3. Seterusnya, letak cili padi dan kacau sebati. Masukkan pula 1 tin susu sejat. Kacau dan biarkan mendidih. Masuk pula air kukusan lobster tadi. Air ni la yang buat kuah lagi nikmat. Kacau dan kacau.
4. Letakkan 2 keping cheese. Kacau dan kacau lagi. Perasakan dengan garam ikut citarasa. Semua masakan saya tak letak Ajinamoto. Mak saya marah kalau letak. Akhir sekali masuk la lobster ke dalam kuali.
Siap! Letak dalam pinggan, ambil gambar. Ha macam ni. Upload kat Facebook.
Resepi Oleh: Liza Idris