Kuih Muih

Rahsia Karipap Ayam Rangup Hingga Ke Petang

rahsia-karipap-ayam-rangup-hingga-ke-petang

Rahsia Karipap Ayam Rangup Hingga Ke Petang

Resipi Kulit Karipap

1. Sukatan marjerin; Untuk 1 kilo tepung guna 1/2 cawan minyak dan juga 3 sudu makan majerin. Bila minyak dan majerin kita tadi dah panas. Curahkan kat atas tepung tu, awas yer panas yang amat nie. Gaul pakai sudu dulu.

2. Jenis Tepung; Pakai tepung cap sauh.

3. Sukatan air sejuk ais; Air 350-400ml untuk setiap 1 kilo tepung.

4. Tepung tadi kita gaulkan. Lepas tu letak air sejuk ais. Uli sampai jadi doh, jangan risau kalau tak licin janji dah sebati ye. Dah siap uli tu masukkan dalam beg plastik atau balu dengan plastik. Tak nak bagi kena angin, lepas 1 atau 2 jam kemudian boleh la digunakan untuk buat karipap. Tujuan kita buat macam nie nak suruh doh kita tu jadi lembut dan macam berminyak sikit.

5. Boleh lah canaikan, masukkan inti dan goreng sampai masak. Kalau nak buat frozen cukup goreng separuh masak.

Resepi Inti Kentang Ayam

Bahan Inti Karipap:

  • 1 1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
  • 2-3 biji bawang besar (dicincang/diblender)\
  • 5-6 ulas bawang putih (dicincang/diblender)
  • 4-5 sudu makan serbuk kari
  • 2-3 sudu makan serbuk cili
  • 1 cawan gula (boleh kurang atau boleh lebih gula, ikut citarasa masing-masing ye)
  • sedikit daun kari
  • 2-3 sudu teh garam
  • daging ayam dicincang
  • 1-2 sudu teh serbuk perasa (tak letak pun boleh)
  • Sedikit air atau secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Tok Aji Serban atau Pulut Sekaya

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga bau wangi bawang. Masukkan rempah kari, serbuk cili, gula, garam, perasa dan sedikit air.

2. Masukkan daging ayam dicincang, ubi kentang dan Kacau hingga kering. Padamkan api dan sejukkan inti. Dah boleh guna nak buat inti karipap.

Rahsia Karipap Ayam Rangup Hingga Ke Petang

Resepi Oleh: Adyna Adyna