Manisan

Resepi Mudah Sagu Sum-Sum Gula Melaka

resepi-mudah-sagu-sum-sum-gula-melaka

Resepi Mudah Sagu Sum-Sum Gula Melaka

Resepinya ringkas sahaja tapi memerlukan skill atau teknik memasak sagu dengan cara yang betul. Barulah akan dapat sagu yang cantik, sebijik-sebijik dan helok ajer kejadiannya. Tips seperti di bawah yer.

Bahan-Bahan Untuk Sagu:

  • 2 cawan sagu
  • Air secukupnya untuk memasak sagu
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna (ikut citarasa)

Bahan-Bahan Untuk Sum-Sum:

  • 1/2 cwn tepung beras
  • 4 cwn santan (saya pakai 1 kotak kecil santan kara dicairkan kepada 4 cawan air)
  • Sedikit garam

Bahan-Bahan Untuk Gula Melaka:

  • Gula melaka secukupnya
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit gula pasir (ikut citarasa)
  • Sedikit air

Cara Memasak Sagu:

1. TAK PERLU RENDAM, TAK PERLU SUKAT AIR dan TAK PERLU KUKUS untuk masak sagu. Masukkan sahaja sagu bila air dah betul-betul mendidih.

2. Masak sagu sehingga warna putih pada sagu hilang sepenuhnya (tambah air panas bila air dah mula berkurang, masak sehingga sagu masak).

3. BILAS sagu di bawah air pili untuk hilangkan kanjinya (inilah rahsia untuk dapatkan sagu yang sebijik-sebijik tu).

4. Rendam sagu dalam air seketika (dalam 5 minit). Toskan dan letak pewarna. Sejukkan di dalam bekas.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pengat Labu Manis

Cara Memasak Sum-Sum: Satukan semua bahan dalam periuk. Masak sehingga pekat dan berkilat di atas api yang kecil, kacau selalu.

Cara Memasak Gula Melaka: Satukan semua bahan dalam periuk. Masak sehingga gula melaka larut dan sejukkan.

Bila dah siap semuanyer, simpan dalam peti sejuk dahulu. Hidangkan sagu dan sum-sum bersama dengan gula melaka dan susu cair!. Time panas-panas macam ni, nikmatnya lahai bila lalu dekat tekak. Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

Resepi Mudah Sagu Sum-Sum Gula Melaka

Resepi Oleh: Khairul Hasrol