Puding

Puding Gula Hangus Cara Orang Dulu-Dulu

puding-gula-hangus-cara-orang-dulu-dulu

Puding Gula Hangus Cara Orang Dulu-Dulu

Resepi Puding Gula Hangus. Resepi orang dulu-dulu dari mak Mr.Ali. Sangat mudah dan rasa sangat puding berlemak elok.

Bahan-Bahan (loyang 7 inci):

  • 1 cawan gula (bahagikan dua; 1/2 cawan untuk topping, 1/2 cawan untuk bahagian dalam puding)
  • 1 tin susu cair
  • 6 biji telur gred B (kalau pakai gred A pakai 5 biji)
  • 2 keping roti – Nak pakai 1 keping pun boleh
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil essen vanila

Cara Membuat:

1. Rendam roti tadi dengan air masak sampai hapus roti. Tunggu dalam 5 minit baru ramaskan roti dan buang air tadi. Ketepikan.

2. Ambil 1/2 cawan gula, letas atas pan dan buka api perlahan, kena sentiasa kacau, sampai gula mencair dan warna brown, terus off api. Tak perlu lama-lama atas api nanti pahit.

3. Panas-panas tu terus tuang dalam loyang, ratakan dengan menggerakan loyang sahaja. Kena cepat-cepat tau sat gi dia keras. Tapi kalau mengeras pun takpe sebab dia akan cair balik masa kukus nanti.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Mangga Guna Mangga Asli

4. Pecahkan 6 biji telur, kacau sebati dan masukkan 1/2 cawan gula, 1 tin susu cair, 1 sudu kecil garam dan 2 sudu kecil essen vanila. Kacau kesemua bahan di atas hingga sebati.

5. Bila dah sebati, masukkan roti yang dah ramaskan tadi. Kacau sebati. Seterusnya, masukkan dalam pengukus dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak, then siap!.

Senangkan? Selamat mencuba semua!.

Puding Gula Hangus Cara Orang Dulu-Dulu

Resepi Oleh: Muhammad Ali