Brownies Kedut Cantik Sesuai Untuk Jamuan Sekolah
Sempena minggu jamuan akhir tahun anak request nak brownies, nak kuih moden katanya.
Bahan A:
- 400 g dark coklat (akak guna beryls)
- 150g mentega
Cairkan 2 bahan di atas guna kaedah double boil.
Bahan B:
- 3 biji telur
- 150 g gula perang
- Sedikit esen vanila
Di dalam bekas kacau manja bahan-bahan di atas.
Bahan C:
- 100g tepung naik sendiri bluekey
- 30g serbuk koko
Ayak bersama kedua-dua bahan.
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan A yang dicairkan tadi panas panas ke dalam bahan B. Kacau manja-manja je. Kemudian masukkan tepung bluekey dan serbuk koko (bahan c) sedikit demi sedikit kacau sampai sebati.
2. Lapikkan loyang 10×10 dengan baking paper dan sapu sedikit mentega. Kemudian tuangkan adunan. Panaskan oven 160C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu 150C dan masukkan adunan tadi (suhu bergantung pada oven masing-masing).
3. Bakar selama 30 minit atau hingga masak guna api atas bawah. Letak di atas rak yang paling bawah. Setelah masak, matikan oven dan regangkan sedikit pintu oven selama 10 minit. Selepas itu baru la keluarkan. Siap.
Susah Nak Jumpa Dekat Kedai Sekarang Coklat Beryl’s Ni >> https://shope.ee/A9gJBoT91E
Resepi Oleh: Rahmah Rosmin