Kek

Resepi Burn Cheesecake Cara Mudah

resepi-burn-cheesecake-cara-mudah

Resepi Burn Cheesecake Cara Mudah

Kaksue ni tak pandai sangat buat kek, tambah tak berapa minat sebab nak kena basuh bekas-bekas kek tu hihi. Rasa remeh sangat dan rela gi tempah dan beli ajer la kalau nak makan. Jadi kaksue akan choose kek yang senang senang jer, contoh yang guna blender je untuk buat dia. Kalau mudah macam ni kita gagah la nak buat, sapa macam kaksue boleh geng. Sangat kagum dengan yang pandai buat kek dan memacam kek cantik-cantik dia buat.

Ni burn cheese cake kaksue buat semalam, mudah giler weii sebab pakai blender. Menjadi dan sedap pulakk tu hehe… Ni kaksue share resepi mudah, cepat dan sedapp giler.

Bahan-Bahan:

  • 500 gm cream cheese
  • 400 ml whipping cream
  • 400 gram gula
  • 6 biji telur
  • 4 tbsp tepung gandum
  • 1 tbsp jus lemon
  • 1 tsp vanila esen

Cara Penyediaan:

1. Lembutkan dahulu sikit cream cheese dengan suhu bilik. Kemudian, masukkan dalam blender bersama semua bahan-bahan yang lain. Blend semua bahan hingga halus.

2. Sediakan loyang size 8 dan lapik dengan baking paper yang tak melekat. Curah adunan yang siap diblend tadi ke dalam loyang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pandan Chiffon

3. Seterusnya, bakar dengan suhu 200 celcius, api atas bawah selama 60 minit. Pada 5 minit terakhir, guna api atas sahaja untuk bagi burn.

Nota: Gula tu kalau nak kurang manis boleh kurangkan la ye. Kaksue guna 350 gm gula jer. Selamat mencuba!.

Resepi Burn Cheesecake Cara Mudah

Resepi Oleh: Suhasnida Ismail