Resepi Blueberry Crumble Burn Cheese Cake Sedap

Resepi Blueberry Crumble Burn Cheese Cake Sedap

Memang mudah, kek blueberry crumble burn cheese. Guna loyang 6 inci, kalau nak size macam dalam gambar gandakan sahaja.

Bahan-Bahan:

  • 350gm cream cheese
  • 90gm gula castor
  • 3biji telur gred A
  • 150gm whipping cream
  • 15gm tepung gandum
  • 1sudu kecil vanila esen

Bahan Crumble:

  • 60gm butter
  • 45gm gula castor
  • 90gm tepung gandum
  • 125gm buah blueberry

Cara Membuat:

1. Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati. Masukkan telur 1 per 1 dan pukul sebati. Masukkan whipping cream, tepung gandum dan esen vanila. Pukul sebati tak perlu kembang.

2. Untuk buat crumble, gaul sebati butter dan gula. Kemudian masukkan tepung, jadikan seperti serbuk roti. Susun blueberry dulu dalam loyang, kemudian baru tabur crumble.

3. Panaskan oven selama 10 minit. Bakar selama 30 minit pertama dengan suhu 220c api atas bawah. Tambah lagi 10 minit dengan suhu 200c api atas sahaja (bergantung pada oven masing-masing).

Nota:

  • Loyang lapikkan baking paper bahagian bawah dulu. Kemudian lapikkan sekeliling, oleskan butter atau mentega sekeliling sebelum lapik baking paper untuk mudahkan kertas baking dikeluarkan.
  • Selepas masak, sejukkan terlebih dahulu selama 1 jam. Kemudian keluarkan baking paper bahagian sekeliling dahulu. Seterusnya, sediakan papan diletakkan tisu kitchen dan terbalikan. Tujuan tisu dilapikkan semasa diterbalik untuk jaga permukaan dari melekat, sebelum diletakkan atas papan kek.

Guna Loyang 6×6 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Agar-Agar Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Resepi Blueberry Crumble Burn Cheese Cake Sedap

Resepi Oleh: Nur Aisyah Bt Azman