Resepi Peniaga Cempedak Goreng Rangup Tidak Berminyak

Resepi Peniaga Cempedak Goreng Rangup Tidak Berminyak

Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di Warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.

Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak. Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.

Bahan Bancuhan Cempedak Goreng:

  • Cempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)
  • Tepung Beras Sepeket utk sebiji cempedak
  • Marjerin atau minyak 3 sudu
  • Air kapur makan 2 sudu
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air suam
  • Kunyit 1 sudu kecil

Cara Membuat:

Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.

Petua:

  1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
  2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
  3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
  4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
  5. Cari buah cempedak yang berat. Itu tandanya isi banyak.

Boleh Guna Tepung Bancuhan Goreng Ni Kalau Nak Cepat >> KLIK DI SINI

Resepi Peniaga Cempedak Goreng Rangup Tidak Berminyak

Resepi Oleh: Ahmad Shukri Amiruddin