Resepi Sambal Sotong Guna Ibu Sambal Memang Sedap
Jika nak buat ibu sambal sahaja tak perlu masukkan sotong dan bawang besar. Kacau sambal hingga pekat, dah elok pekat dan naik minyak baru tutup api. Biarkan sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara atau chiller. Sambal ini tahan berbulan jika elok cara masaknya.
Bahan Ibu Sambal:
- 35gram cili kering keriting (35 tangkai) – Potong, buang bijinya dan rendam dengan air panas kemudian cuci dan toskan air.
- 250gram – 300gram bawang besar (3 biji lebih kurang) – Potong-potong
- 15 ulas bawang putih
- 200g minyak masak (1 cawan)
- 12gram gula merah cap bintang (1 1/2 sudu besar)
- 8gram garam (1/2 sudu besar)
- 30gram gula pasir (2 1/2 sudu besar)
- 3 sudu besar ikan bilis
- 260g air (1 gelas)
- 1 pcs asam keping (jika kecil tambah 1/2 lagi)
- sebesar ibu jari tangan belacan
- sedikit bahan perasa (ajinomoto) jika suka.
Cara Memasak:
1. Panaskan 100g minyak masak, api sederhana. Masukkan bawang merah dan bawang putih, masukan juga cili kering dan kacau sekejap hingga cili nampak layu (sekejap saja tau). Toskan dan masukkan dalam jug blender.
2. Masukkan minyak 100g dan masukkan juga minyak yang kita guna goreng cili dan bawang tadi. Masukkan sekali gula merah, belacan dan ikan bilis. Kisar halus. Tuang semua bahan kisar dalam kuali dan masak guna api sederhana (jangan letak minyak dah ya). Seterusnya, masukkan asam keping, gula pasir, garam dan aji.
3. Masak hingga sambal garing seperti dalam gambar. Apabila dah garing, masukan air dan biar mendidih dan pekat. Masukkan sotong dan bawang besar dipotong bulat. Kacau-kacau dan sesuaikan rasa. Tambah apa yang terkurang, bila dah sejuk bolehlah buang lebihan minyak. Siap ibu sambal kita.

Tambahan Bahan Jika Buat Sambal Sotong:
4. Sotong sekilo (potong ikut suka, basuh dan toskan). Panaskan sedikit minyak, masukan sotong. Kacau sekejap dan toskan, tujuan untuk matikan air sotong. Masukkan 1 biji bawang potong bulat (hiasan). Siap.
Boleh Cuba Sambal Minang Ni Juga. Pedas dan Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Mariana Zainal


