Masakan Barat

Resepi Cheesy Marinara Meatballs

resepi-cheesy-marinara-meatballs

Resepi Cheesy Marinara Meatballs

Bahan-Bahan:

Marinara sauce
8-10 biji tomato masak ranum (chopped – pakai chopper) atau tomato biji dalam tin
1 biji bawang holland (didadu)
7 ulas bawang putih (dicincang)
Cili padi merah 5 biji (dilumatkan) atau cili flakes (ikut kepedasan yang dikehendaki)
Sedikit garam
Sedikit basil, oregano (saya pakai italian herbs paste)
Daging cincang (optional)
Mozarella chesse (untuk tabur)

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih sekejap, masukkan bawang holland. Masukkan tomato dan sedikit air.

2. Masukkan daging cincang (pilihan), cili, garam. Masukkan basil dan oregano. Renehkan sehingga pekat. Setelah masak ketepikan.

3. Bebola daging ikut suka nak buat sendiri atau yang ready made. Rebus bebola daging dengan sedikit air dan tambah butter. Renehkan sehingga kering. Dah masak ketepikan.

4. Letak bebola daging tadi dalam bekas yang sesuai, masukkan marinara sauce tadi di atas bebola daging dan tabur mozarella cheese.

5. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 200C lebih kurang 20-25 minit api atas bawah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Cheese Oreo Tanpa Bakar

Resepi Cheesy Marinara Meatballs

Resepi Oleh: Alin Danial