Ikan, Makanan Laut

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak

resepi-asam-pedas-ikan-kembung-lemak

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak

Asam Pedas Ikan Kembung Lemak. Menu favourite arwah ayah. Arwah ayah orang Johor. Memang boleh kata seminggu tu mesti ada menu ni mak masak. Anak dia kalau masak kadang-kadang jadi, kadang-kadang idok.

Tip mak, tumis cabai tu kena lama, biar betul-betul masak. Alhamdulillah, hari ni mood asam pedas sis berkerjasama dengan baik. Resepi ni ikut style saya ye, kalau tak sama dengan tuan, puan, maaf ya. Sebab ada bahan saya memang tak masukkan.

Bahan Blend:

  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai – kalau nak titik je pun boleh
  • 2 senduk cili blend

Bahan Lain:

  • Ikan kembung atau ikan apa-apa pun ok
  • Minyak untuk menumis
  • Air asam jawa
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam

Cara Memasak:

1. Tumis bahan blend sampai betul-betul pecah minyak. Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.

2. Bila bahan dah didih, boleh masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum. Biar api sederhana sampai didih dan ikan masak.

Cuba Resepi Ni:  Lobster Butter Cheese Guna Udang Biasa Pun Boleh

3. Last sekali, letak garam secukupnya. Nak letak perasa pun boleh. Angkat dan boleh lah dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak

resepi Oleh: Sharinaz Redwan