Laksa, Mee

Resepi Asam Laksa atau Laksa Pulau Pinang

resepi-asam-laksa-atau-laksa-pulau-pinang

Resepi Asam Laksa atau Laksa Pulau Pinang

Adik saya, kalau order makanan kat Foodpanda, dia suka beli laksa D Laksa. Dah lama jugak dia request suruh saya buat asam laksa. Harini baru saya rajin nak masakkan. Alhamdulillah menjadi. Feedback yang dia bagi, “Sedap. Rasa macam laksa yang beli tu”. Tqvm adikku. Asam laksa ni kena ada rasa masam, masin & manis. Saya refer resipi sis @rosehayatie_kitchen & Ben Safwan. Tqvm. Tapi, saya modified sikit mengikut kesesuaian & citarasa saya.

Bahan-Bahan (10-12 hidangan):

  • 1 kg ikan kembung
  • 10 keping asam gelugur
  • 2 batang serai
  • 3.0 L air
  • 1 tin (425 g) sardin
  • 3 biji bawang besar*
  • 20-30 tangkai cili kering (buang biji)*
  • 1 sdb belacan*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1/4 biji nanas
  • 2 sdb asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 sdb petis udang
  • 2 ikat daun kesum
  • 2 tangkai daun pudina
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 3-6 sdb gula merah
  • 3-5 sdb garam

Bahan Sampingan:

  • Laksa
  • Daun salad
  • Timun
  • Daun pudina
  • Limau kasturi
  • Bawang besar
  • Cili merah
  • Nanas

Cara Penyediaan:

1. Rebus ikan bersama dengan asam gelugur dan serai sehingga ikan masak. Sejukkan ikan yang telah direbus. Asingkan tulang dan isinya.

2. Kisar bahan-bahan bertanda (*) dengan menggunakan air rebusan ikan. Kisar tulang ikan (ulang 2-3 kali) dengan menggunakan air rebusan ikan. Tapiskan air kisaran. Hancurkan isi ikan dan ikan sardin (buang sosnya).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Goreng Mamak

3. Masukkan semula bahan-bahan yang telah dikisar dan isi ikan ke dalam periuk yang mempunyai baki air rebusan ikan. Masukkan juga nanas, air asam jawa, petis udang, daun kesum, daun pudina serta bunga kantan. Renehkan kuah laksa sehingga mendidih dan masak sepenuhnya.

4. Perasakan dengan gula merah dan garam secukupnya. Sedia untuk dihidangkan bersama mi laksa dan bahan-bahan sampingan yang lain.

Resepi Asam Laksa atau Laksa Pulau Pinang

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah