Kuih Muih

Resepi Kuih Sri Talam Kaya Pisang

resepi-kuih-sri-talam-kaya-pisang

Resepi Kuih Sri Talam Kaya Pisang

Dah ada air pandan kita guna la apalagi. Buat kuih resepi dari Kak Zaidah tapi sebab nak buat sikit je bahannya saya bahagi 3, buat banyak nanti tak termakan pulak. Cara masak pun ikut cara yang senang, kira derhaka la ni. Bagi mak-mak ada anak kecik ni dapat shortcut step masak lagi suka, jimat masa.

Kalau kami orang banjar resepi ni boleh dapat 2 jenis kuih, kuih batil dan panakok. Saya sertakan sukatan resepi asal kot ada yang nak buat banyak dan resepi olahan.

Bahan Bahagian Bawah:

  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 2sb tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 biji pisang lecek
  • 1sb esen pandan
  • 1st garam

Bahan Bahagian Atas:

  • 3/4 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan air pandan
  • 1/4 cawan + 1sb gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 titis air kapur
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau (optional)
  • 2 biji telur

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahagian bawah kecuali pisang. Masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api, masukkan pisang dan kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang atau acuan yang telah disapu minyak. Ratakan. Kukus selama 25 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Talam Kastard Jagung

2. Seterusnya, campurkan semua bahan bahagian atas kecuali telur, kacau sebati. Masak sekejap tak perlu sampai mendidih. Tutup api, angkat ketepi. Masukkan telur dan kacau sebati.

3. Akhir sekali, Lapisan bahan bahagian atas pada bahagian pisang yang telah siap kukus tadi. Kukus semula selama 30-40 minit. Sejukkan baru dihidang. Siap!

Resepi Kuih Sri Talam Kaya Pisang

Resepi Oleh: Norfazida Gda