Laksa

Resepi Asam Laksa ala Chinese

resepi-asam-laksa-ala-chinese

Resepi Asam Laksa ala Chinese

Chinese style asam laksa, akak nak share resepi ni yang sangat hampir rasanya dengan laksa ala Chinese yang akak makan di Melaka dan Penang. Selain pes otak udang dan nenas ada satu lagi bahan secret untuk sedapkan asam laksa ni.

Bahan Kuah:

  • 3 ekor ikan sardin/kembung/tuna – rebus ambil isi tumbuk/kisar, ketepikan air rebusan untuk kuah. Tulang ikan pun blender dengan air dan tapis, campur bersama bahan kuah.
  • 50g cili kering rebus*
  • 1 btg serai bahagian putih sahaja*
  • 1 labu bwg besar*
  • Sedikit belacan*

+ Kisar bahan bertanda *

  • 1 peket kecil asam pedas Adabi
  • 7-8 kpg asam gelugur
  • 2 hiris lengkuas diketuk
  • 30g daun kesum
  • 1 btg bunga kantan belah 4
  • 1 kiub bilis
  • Air tmbahan secukupnya
  • Garam & gula secukup rasa

Bahan Sampingan Dihiris:

  • 500g laksa basah/kering
  • 100g timun
  • 100g daun salad
  • 30g bwg besar
  • 30g cili masak
  • 30g nenas
  • 2 bj limau kasturi
  • 1 tangkai daun pudina
  • 1 sdm pes otak udang campur 1 sdm air panas
  • 4bj telur rebus/goreng
  • 2 fish cake/sebungkus fishball jenis goreng – optional

Cara Memasak:

1. Didihkan bahan kuah dengan api perlahan sekurang-kurangnya 45 minit. Perasakan dengan garam, gula dan kiub. Masak hingga kuah agak pekat.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Laksa Kuah Lemak Kelantan

2. Sedia untuk dihidang bersama bahan sampingan. Seeloknya sediakan kuah pada waktu malam untuk dimakan esok hari.

Korang kena terai wehhh.. sebenarnya bahan kisar kena tumis, tapi bila kita guna pes asam pedas memang dah sedia ada minyak & siap ditumis. Lepastu pes asam pedas memang complete dah dengan rasa pedas & masam. So kira shortcut buleh lebur je terus semua bahan kuah. Selamat mencuba.

Resepi Asam Laksa ala Chinese

Resepi Oleh: Keroroyz Royz