
Resepi Mudah Puding Roti Kurma Coklat
Puding Roti Kurma Coklat memang sedap, coklat yang cair kat dalamnya dengan buah kurma yang liat-liat lembut bila kunyah buat ramai terliur (Puding roti dalam gambar tu dah kena ceduk, nampakkan coklat yang mencair?).
Bahan-Bahan A:
- 3 cawan susu segar **
- Esen vanila **
- 3 biji telur gred A
- 5 sdb gula perang @ ikut rasa manis
Bahan-Bahan B:
- Gula perang secukupnya
- Sedikit garam kasar
- 1 bungkus roti (yang kecik)
- Butter utk sapu pada roti
- Coklat chip, kurma dihiris secukupnya
Cara Membuat:
1. Pukul bahan-bahan A – telur dan gula hingga hancur. Masukkan bahan-bahan bertanda (**) dan kacau rata. Ketepikan.
2. Sapukan roti dengan butter. Potong roti menjadi kiub-kiub kecil. Sapukan loyang dengan butter serta taburkan gula perang dan sedikit garam kasar (Bahan B).
3. Masukkan separuh dari roti yang dipotong kiub, tabur chocolate chip dan kurma hiris. Letak separuh lagi roti. Setelah itu, tuangkan (Bahan A) hingga rata. Taburkan chocolate chip dan kurma sekali lagi.
4. Biarkan sebentar. Akhir sekali taburkan lagi gula perang dan garam kasar (Bahan B). Bakar selama 45 minit suhu 160c. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan sos kastard.
Bahan Sos Kastad:
- 1 tin susu cair
- 3 sdb gula
- 2 sdb susu pekat
- 2 sd besar tepung kastad
- 1 cawan air
- Esen vanila
- Secubit garam
Cara Membuat: Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api kecil sambil di kacau. Setelah naik wap boleh matikan api. Tuangkan atas puding roti.
Resepi Oleh: Rozmaliza Omar