
Resepi Ikan Sardin Masak Lemak Cili Api
Bahan-Bahan:
1 tin ikan sardin (ikut kita nak goreng dulu atau tidak isi nya)
1 kotak kecil Santan
Garam secukupnya
Sedikit air limau
Belimbing buluh
Bahan Tumbuk –
8-10 biji cili api (boleh tambah atau kurangkan ikut kepedasan masing-masing)
Kunyit hidup
Cara Memasak:
1. Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih.
2. Gunakan api dapur yang sederhana dan kacau sentiasa supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak.
3. Masukkan sardin dan kuahnya sekali. Kacau sebati. Masukkan air limau dan perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa.
4. Akhir sekali masukkan belimbing buluh. Kacau sebentar sehingga belimbing buluh lembut.
Resepi Oleh: Ammar Affendy