
Cara Buat Apom Lenggang
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil yis
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
Bahan untuk kisar halus –
3/4 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
Cara Membuat:
1. Campur kesemua bahan, tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati, memudian masukkan garam secukup rasa.
2. Tapiskan adunan dengan penapis supaya bahan tidak berketul.
3. Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
4. Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
5. Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung. Hidangkan.