Ayam, Kari

Kari Ayam Bangladesh Cara Masak Sangat Mudah

kari-ayam-bangladesh-cara-masak-sangat-mudah

Kari Ayam Bangladesh Cara Masak Sangat Mudah

Kebelakangan nie asyik dok lalu lalang ja kot wall sosial media. Tengah dok viral katanya, kita nie, kalau benda dah viral, tak cuba memang tak sah. Saja nak cuba try test tengok sedap ka dak. Tapi, banyak feedback kata sedap, sekali rasa, sumpah tak bohong, sedap sesangat. Bukan nak puji diri sendiri, serious sedap. Memang recommend sesangat, cara nak masak pon senang, pakai leburkan ja terus dalam kuali. Makan plak dengan nasi panas-panas, boleh jugak makan dengan roti, roti jala atau pon roti canai.

Bahan-Bahannya:

  • Ayam (seekor potong sedang)
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4-5 biji Cili api merah (ikut kepedasan sendiri)*
  • 3 biji cili besar*
  • Seinci Halia*
  • 1 sudu kecik Jintan putih*

Bahan-Bahan bertanda (*) di tumbuk atau blend kasar

  • Sebatang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • 1 sudu Serbuk kunyit
  • 2 biji Bawang besar hiris kasar-kasar
  • 1 senduk kecik Minyak masak
  • 1 cawan air (ikut kuantiti kuah yang kita nak)
  • Garam
  • Gula
  • 1 kiub ayam
  • 5 biji kentang di potong besar-besar
  • Tomato
  • Santan (optional)

Cara Memasak:

1. Sediakan bekas yang besar, kemudian masukkan ke semua bahan-bahan termasuk ayam dan kentang di dalam bekas tersebut. Gunakan tangan, gaul ke semua bahan-bahan tersebut sehingga mesra dan sebati.

2. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang digaul tadi ke dalam periuk atau kuali. Buka api, kemudian masak sehingga pecah minyak. Seeloknya tutup periuk atau kuali tersebut.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Kari Ayam Istimewa

3. Bila nampak dah pecah minyak, boleh masukkan air dan semua bahan perasa. Boleh jugak masukkan santan. Resepi asal, tak letak santan pon tapi saya letak sikit nak bagi rasa lemak-lemak manja gitu.

4. Last sekali masukkan tomato. Renehkan sekejap dan siap boleh la di hidangkan. Selamat mencuba.

Kari Ayam Bangladesh Cara Masak Sangat Mudah

Resepi Oleh: Shah Shatry