Manisan

Resepi Agar-Agar Pandan Gula Melaka Tiga Lapis

resepi-agar-agar-pandan-gula-melaka-tiga-lapis

Resepi Agar-Agar Pandan Gula Melaka Tiga Lapis

Antara manisan agar-agar yang menjadi kegemaran ramai adalah agar-agar pandan gula melaka. Sedap agar-agar pandan gula melaka ni kalau makan masa sejuk.

Bahan Bahagian Atas:

  • 400g air
  • 250g air pandan
  • 300g santan (guna santan kara)
  • 10g agar-agar tali
  • 220g gula
  • 2 biji telur (pukul sekejap)
  • 1 sdk garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula, air pandan, santan, telur, garam dan sedikit pewarna hijau baru cantik.

2. Masak sampai megelegak, biar dalam 4 ke 5 minit sampai pecah antara air dan santannya. Pastu tapis ambik warna hijau santan saja tuang ke dalam loyang sejukkan seketika.

Bahan Bahagian Bawah:

  • 400g air
  • 150g gula merah
  • 60g santan (santan kara)
  • 1/2 sdk garam
  • 6g agar-agar tali

Cara Membuat:

3. Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur, masukkan gula merah bila dah larut, masukkan santan dan sedikit garam. Kacau dan biar menidih kemudian tapis.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pulut Mangga ala Thai

4. Lorekkan sedikit permukaan atas bahgian (hijau) tadi dengan sudu garfu, supaya melekat elok antara bahgian atas dan bawah, pastu tuang agar-agar gula merah biarkan sejuk. Ok dah siap.

Nota: Bila sejuk agar-agar akan nampak macam 3 layer dengan sendiri.

Guna Acuan Agar-Agar Ni Baru Nampak Cantik >> https://shope.ee/8pEmWqQleb

Resepi Agar-Agar Pandan Gula Melaka Tiga Lapis

Resepi Oleh: Qasih Jue Aisya