Nasi

Resepi Buboq Kanji Daging Berempah Hot & Spicy

resepi-buboq-kanji-daging-berempah-hot-spicy

Resepi Buboq Kanji Daging Berempah Hot & Spicy

Sebab ada yang tanya, saya tepek Resepi Bubur Kanji Daging Berempah Hot And Spicy stail saya kat sini ya (saya masak guna pressure cooker).

Bahan-Bahan (Untuk 8L Pressure Vooker):

  • Beras 1 bahagian – 3 pot (3 kali tarik bekas beras tupperware)
  • Air 5 bahagian (atau lebih) drp beras
  • Daging 500g, potong kecil
  • Udang sederhana besar 500g
  • Udang kering 4 sudu besar
  • Serai 2 batang diketuk
  • Carrot 2 batang
  • Santan 1 kotak
  • Halia sebesar 3 jari dihiris/dirincik
  • Halba campur 2 sudu teh
  • Lada hitam kasar 2 sudu besar
  • Lada sulah 1 sudu besar
  • Rempah sup 1 paket kecil
  • Rempah kurma 1 paket kecil
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Telur masin
  • Bawang goreng

Cara Memasak:

1. Masukkan beras yang dibasuh, air, halia, serai, daging, carrot, udang kering, rempah sup, kurma, serbuk lada hitam, lada sulah, halba dan santan.

2. Ambil mode ‘porridge’ selama 5 minit. Kemudian, masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong kasar, dan udang. Perasakan dengan garam. Saya letak 2 sudu besar garam kasar.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Masakan Thai, Pad Ka Prao

3. Seterusnya, ambil mode porridge lagi 5 minit. Tambah air untuk kurangkan kepekatan. Hidang bersama telur masin, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Ada Pressure Cooker Ni Bila Masak Jadi Mudah >> https://shope.ee/9ep3GEXjwe

Resepi Buboq Kanji Daging Berempah Hot & Spicy

Resepi Oleh: Erny Yusniza Saad