Resepi Mee Hailam Kuah Pekat Baru Sedap
Mee Hailam adalah satu hidangan mee popular di Malaysia dan beberapa bahagian Asia Tenggara lain. Ia berakar umbi daripada kebudayaan Cina dan telah disesuaikan dengan selera tempatan. Ikuti resepi mee hailam yang dikongsikan oleh Ahmad Ilmi Ghazali.
Hai, assalamualaikum gaiss, jom Belajar Masak Mee Hailam.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan Mee Hailam (anggaran 3~5 orang makan):
- 1/2 biji Bawang Merah (dihiris)
- 4 ulas Bawang Putih (diketuk)
- 4 tangkai Cili Api Merah (belah tengah)
- 2 sudu besar Cili Boh
- Lauk (Udang, Sotong, Ayam)
- 3 sudu besar Sos Tomato
- 3 sudu besar Sos Cili
- 2 sudu besar Sos Tiram
- 3 sudu besar Kicap Lemak Manis
- 1/2 kuib pati lembu
- 1 sudu kecil secukup rasa
- Garam secukupnya
- Sayur (bunga kobis, karot, sawi, cili besar & tomato)
- telur
- tepung jagung – agen pemekat
- daun sup
- Mee kuning
Cara Memasak:
1. Mula-mula kite didihkan air dan tutup api kemudian rendam mee kuning dalam air yang menggelegak itu selama 30 saat hingga 1 minit untuk buang kapur, minyak dan sebagainye. Kemudikan toskan air dan asingkan.
2. Untuk kuah hailam pula; Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga wangi. Kemudian masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak. Seterusnya, masukkan ayam dan tumis sehingga ayam separuh masak.
3. Kemudian, masukkan air sebagai kuah, untuk resepi nie bang mi guna 500 ML air sebagai kuah. Masukkan pula kiub pati lembu, sos cili, sos tomato, sos tiram dan magi secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan sayur yang keras terlebih dahulu, bunga kobis serta karot.
4. Kacau sehingga mendidih kemudian masukkan udang dan sotong, kacau sebati. Seterusnya, masukkan kicap dan bila semua lauk sudah masak, boleh masukkan sayur sawi, tomato serta cili besar.
5. Last sekali, kite akan masukkan telur, bila telur dah keras boleh masukkan garam. Kemudian boleh masukkan air tepung jagung sebagai ejen pemekat. Kacau sebati, maka kuah hailam kite telah pun siap.
Resepi Oleh: Ahmad Ilmi Ghazali