Minuman

Resepi Cendol Untuk Berniaga Guna Daun Pandan Asli

resepi-cendol-untuk-berniaga-guna-daun-pandan-asli

Resepi Cendol Untuk Berniaga Guna Daun Pandan Asli

Teringin nak menikmati cendol untuk juadah berbuka tapi tak tau nak buat sebab tak ada acuan. Jom kita tengok ni, guna apa yang ada di rumah jangan fikir yang tiada. Resepi cendol ini adalah resepi saya berniaga ais cendol beberapa tahun yang lalu sebelom berhijrah ke tempat baru.

Bahan-Bahan:

  • 1 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung ubi
  • 5 1/2 – 6 cwn air jus pandan

Saya memang guna banyak daun pandan. Kadang-kadang lebih 10 helai sebab saya tak guna pewarna (boleh kurangkan air pandan ke 5 cawan. Sedikit kental adunannya sesuai kalau yang guna acuan tekan. Tapi saya guna plastik piping beg adunan kena lembut baru senang jatuh. Kalau tak ada plastik piping beg tu guna je plastik jernih biasa di dapur tu ye.

  • Setitis pewarna hijau (jika perlu)
  • 1 sdt air bancuhan kapur makan (airnya ye bukan sekali kapur tu. Bancuh bagi jernih sedikit dulu air tu baru diambil. Jangan ambil sekali serdak kapur)

Sukatannya – 1/2 sdt kapur makan yang serbuk + 1/2 tbsp air. Kacau sebati, biarkan sekejap bagi kapur tu mendap. Air sedikit jernih baru diambil dalam 1sdt sahaja kegunaan.

Cara Membuat:

1. Campur semua bahan dan kacau sebati dalam periuk. Kemudian letak periuk atas api, perlahan kacau sampai likat berkilat. Sampai ada buble-buble meletop-letop tanda dah masak.

2. Sediakan bekas yang berisi air dan ketulan ais batu. Masukkan adunan dalam plastik piping beg pon boleh. Pakai sarung tangan tahan panas atau lapik dengan kain bersih ye semasa nak paipkan cendol. Paipkan dalam air ais tadi, dah siap.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tropical Sundae

Nota:

  • Boleh juga guna acuan khas untuk cendol, tekan lembut dengan senduk supaya cendol jatuh ke dalam air ais. Guna Acuan Macam Ni >> https://shope.ee/1L9GHs4li6
  • Cendol ni boleh di simpan dalam chiller sehingga 4/5 hari. Masih ok untuk dinikmati, tidak terjejas dari segi rasa dan rupa.
Resepi Cendol Untuk Berniaga Guna Daun Pandan Asli

Untuk Sediakan Minuman Cendol

Bahan Air gula Merah:

  • 250gm gula merah
  • 100gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 250ml air

Cara Membuat: Masak semua bahan di atas api hingga mendidih dan gula hancur. Tapis dalam bekas dan sejukkan.

Bahan Untuk Santan:

  • 1 kotak kecil santan kara
  • 1 cwn air
  • Sedikit garam utk bangkit rasa lemak

Cara Membuat: Campur semua bahan di atas dan masak seketika di atas api yang perlahan (untuk elak sakit perut makan santan mentah). Boleh juga guna susu segar dicampur sedikit garam dan dipanaskan seketika.

Bahan Tambahan Untuk Hidangan:

  • Jagung manis dalam tin
  • Kacang merah dalam tin
  • Hirisan mangga manis
  • Durian
  • Pulut

Ikut citarasa masing-masing ya. Selamat mencuba.

Resepi Cendol Untuk Berniaga Guna Daun Pandan Asli

Resepi Oleh: Qleena Kitchen