Resepi Agar-Agar Kering Jajan Legend Zaman Dahulu
Agar-agar kering jajan legend mak mak kita dulu-dulu. Buat untuk memenuhi masa lapang, sekali buat jualan. Raya tempoh hari saya adakan menu ini buat pertama kalinya hasil air tangan sendiri dan mendapat feedback yang positif dari sedara mara so saya jadikan hobi ini sebagai pendapatan sampingan saya.
Agar agar ni tahan lama, boleh sampai 2 tahun dengan syarat rajin jemur kalau meruap. Resepi cara saya sertakan disini ya.
Bahan-Bahan:
- 1 tail agar-agar kering
- 1 1/3 gula kasar bagi 1kg gula (ikut kemanisan masing-masing)
- 1 1/3 gula batu bagi 300g (saya gunakan kedua dua jenis, yang kasar dan yang halus)
Cara Memasak:
1. Panaskan kuali, masukkan 3 gelas air biarkan mendidih. Masukkan agar agar kering, gula kasar, dan gula batu. Masukkan juga daun pandan (untuk wangikan agar agar).
2. Seterusnya, masukkan pewarna atau perasa (ikut kesukaan masing-masing). Kacau sehingga agar-agar menjadi cair dan tidak berbuih (gunakan api kecil).
3. Bila dah masak, masukkan ke dalam acuan (biarkan selama 5 minit kemudian boleh letak dalam pinggan atau dulang). Jemur agar-agar tadi di bawah cahaya matahari (selalunya ambil masa 3 hari untuk betul betul kering). Siap.
Nota:
- Semasa agar-agar dalam periuk kena rajin kacau, saya ambil masa 6 jam untuk siapkan 1 tail agar-agar.
- Semasa menjemur dibawah cahaya matahari kena rajin balik balik supaya agar-agar kering dengan sekata.
Selamat mencuba!
Boleh guna acuan comel macam ni >> Klik Di Sini
Resepi Oleh: Madihah Raimi