Agar-Agar Santan Guna Bekas Lompang Lebih Mudah

Agar-Agar Santan Guna Bekas Lompang Lebih Mudah

Takda kemahiran la nak potong kuih cantik-cantik. Guna bekas lompang je la senang untuk buat agar-agar santan atau beledo santan ni.

Bahan-Bahan:

  • 10gram agar-agar tali (saya beli yang 20gram kemudian gunting je 1/2)
  • 4-5 cawan air
  • 1 cawan gula

Bahan Adunan Putih –

  • 200ml santan (saya guna brand Kara)
  • 2 biji telur

Bahan Adunan Hijau –

  • 5-6 helai daun pandan
  • 1 cawan air
  • Pewarna hijau (optional)

Cara Membuat:

1. Masukkan 4-5 cawan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan agar-agar tali ke dalam periuk. Buka api sederhana besar.

2. Sementara tunggu air mendidih, gunting daun pandan ke dalam blender dan masukkan 1 cawan air. Blend, kemudian tapis ke dalam bekas berasingan. Titiskan 2-3 titik pewarna (pilihan sama ada nak letak ataupun tak).

3. Pecahkan 2 biji telur + santan ke dalam blender (nak texture smooth). Blend, kemudian tapis ke dalam bekas berasingan. Kacau agar-agar sehingga “tali” betul-betul larut, masukkan 1 cawan gula. Kacau lagi sampai jernih dan larut.

4. Masukkan adunan putih (santan) dan adunan hijau (pandan) skaligus ke dalam periuk. Kacau slow-slow saja. Tunggu mendidih, tutup api. Letak ke dalam bekas. Biarkan pada suhu bilik dalam 30 minit baru masukkan ke dalam peti sejuk.

Nota: Saya guna 2 biji telur sebab nak extra berlemak.

Kalau Nak Guna Loyang Macam Ni Pun Boleh. Senang Nak Potong Agar-Agar Nanti >> KLIK DI SINI

Agar-Agar Santan Guna Bekas Lompang Lebih Mudah

Resepi Oleh: Nuralia Idayu