Resepi Agar-Agar Kelapa Rasa Sedap dan Sangat Menyegarkan
Jom cuba buat agar-agar kelapa menggunakan air dan isi kelapa muda asli ni, memang sedap dan rasa menyegarkan. Resepi mudah yang dikongsikan oleh Mr. Ali ni senang sahaja, sesiapa pun boleh buat.
- Guna Loyang 10 inci
- Saya pakai 1 biji kelapa muda. Akan dapat lebih kurang 1 liter air kelapa
Bahan Lapisan Pertama:
- 1 setengah cawan air
- 1 cawan air kelapa
- 70g gula
- 5 gram agar-agar serbuk
- 60 gram santan kotak
- 1 sudu kecil garam
Bahan Lapisan Kedua:
- 2 cawan air
- 3 cawan air kelapa
- 150g gula
- 5 gram agar-agar serbuk
Cara Buat Lapisan Pertama:
1. Dalam keadaan api tertutup, masukkan 1 setengah cawan air + 1 cawan air kelapa, 70g gula dan 5 gram agar-agar serbuk. Kacau sebati semua hingga sebati. Dah sebati baru on api, guna api perlahan saja.
2. Kacau dalam 2-3 minit baru masukkan 60gram santan kotak. Saya pakai santan KARA. Masukkan 1 sudu kecil garam, dan kacau hingga mendidih. Bila dia dah mendidih, jangan kacau dan biarkan selama 2-3 minit. Lepas tu baru off api.
3. Tuangkan dalam loyang dan biarkan ia mengeras pada suhu bilik je. Maksudnya letak dekat luar je, pastikan persekitaran anda bersih.
Cara Buat lapisan Kedua:
4. Masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua. Kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap, kemudian tapiskan.
5. Ambil agar-agar yang dah keras tadi, cucuk sebanyak mungkin. Step ni PENTING supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak-banyak tau supaya lapisan melekat dengan kuat.
6. Seterusnya, tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan, masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti anda. Biarkan agar-agar diluar selama 40 minit, baru sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Bila dah siap dan boleh makan.
Selamat Mencuba!
Guna Loyang 10 Inci Jenis Macam Ni, Senang Nak Potong Puding >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Muhammad Ali