Jom Buat Dessert Agar-Agar Lumut Gula Merah
Rasa tak lengkap kalau menjamu tetamu tak ada dessert. Boleh sediakan awal-awal sebelum majlis.
Bahan Lapisan Lumut:
- 400g air
- 300g air pandan
- 300g santan (satu kotak santan Kara ditambah air hingga cukup 300g)
- 10g agar-agar serbuk
- 230g gula pasir
- 2 biji telur
- 1 sk garam
Cara Membuat:
1. Satukan semua dan jerang hingga mendidih. Jangan dikacau lagi, biar mendidih lebih kurang 5 minit untuk mendapatkan tekstur lumut yang kasar.
2. Tuang ke dalam acuan anggaran dalam 3/4 penuh. Biarkan mengeras. Sementara itu, boleh sediakan;
Bahan Lapisan Gula Merah:
- 680g air
- 150g gula merah
- 10g agar-agar serbuk
Cara Membuat:
3. Campurkan semua bahan dan jerang hingga mendidih. Tambahkan 2 sudu santan. Cedok dan tuang ke atas lapisan lumut tadi.
4. Larik-larikkan dahulu lapisan agar-agar lumut dengan hujung mata pisau sebelum menuang lapisan gula merah supaya lapisan tidak terpisah bila dikeluarkan daripada acuan.
5. Sejukkan dahulu dalam peti ais baru boleh dihidangkan. Selamat mencuba.
Boleh dapat 20 biji puding kalau guna acuan macam ni. >> https://shope.ee/10W6MopIA4
Resepi Oleh: Bam Azimad