Puding

Resepi Puding Biskut Oreo Thins

resepi-puding-biskut-oreo-thins

Percubaan pertama membuat Puding menggunakan Biskut Oreo Thins.

Resepi Puding Biskut Oreo Thins

Bahan-Bahan:

10 gram Agar-agar serbuk
3 kotak Biskut Oreo Thins (ikut suka nak pilih perisa apa) – Tiramisu, Lemon Cheesecake & Vanilla Delight (saya guna perisa Tiramisu)
3 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
1/2 cawan butter
1/2 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Pewarna kuning telur (optional)

Cara Penyediaan:

1. Alas loyang 7″ x 7″ dengan plastik. Ketepikan.

2. Susu cair, susu pekat, telur, tepung kastard & esen vanilla dikisar. Ketepikan.

3. Masak agar-agar serbuk dengan air hingga larut & mendidih. Masukkan butter. Kacau hingga butter larut & mendidih.

4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau hingga sebati. Guna api perlahan kerana adunan mudah berketul.

5. Masukkan secubit garam & pewarna kuning telur (optional). Kacau hingga mendidih.

6. Masukkan adunan Puding ke dalam loyang. Biarkan ia mengeras sedikit.

7. Susun Biskut Oreo Thins di atas Puding. Ulang proses yang sama sebanyak 2 kali. Sejukkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Horlicks Koktail

8. Apabila telah sejuk, simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam. Lagi lama disimpan di dalam peti sejuk, lagi bertambah sedap. Potong ikut suka bila hendak makan.

Catatan:

1. Biskut boleh ditukar dengan biskut lain seperti Biskut Marie, Biskut Coco Puff, Biskut Tiger dan lain-lain.
2. Adunan Puding boleh kekalkan dengan warna asal ataupun nak letak sebarang pewarna yang disukai.

Resepi Oleh: Hamidah HA