Resipi Jualan Creampuff Sedap Dengan Cream Custard Creamy
Nak tido baru teringat nak share creampuff sedap dengan cream custard creamy ni. اَلْحَمْدُلِلّهِ saya buat jualan pon dengan resepi ni. Customer suka.
Bahan-Bahan Untuk Krim Kastard:
- 1 1/4 cawan/313ml susu full cream
- 2 biji kuning telur/1 biji telur
- 1/4 cawan/55g gula
- 1 sudu besar/8g tepung gandum
- 3 sudu besar/24g tepung jagung
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh
- 1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream
Cara Membuat:
1. Masak semua bahan kastard dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dengan plastik. Sejukkan dalam chiller.
2. Seterusnya, putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard yang telah disejukkan tadi. Mixer hingga sebati. Sedia untuk digunakan.
Bahan-Bahan Untuk Choux Pastry:
- 1 cawan/250g air
- 1/4 cawan/56g butter/marjerin
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar/12g gula
- 1 cawan/125g tepung gandum
- 3 hingga 4 biji telur saiz B
Nota: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.
Cara Membuat:
1. Didihkan air, marjerin atau butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau laju-laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ni bancuhan tadi akan jadi macam doh tau. Tutup api.
2. Biarkan adunan sampai sejuk atau suam-suam kuku. Masuk telur satu persatu, mix sebati. Kemudian, paipkan dalam tray. Bakar dengan suhu 200-220c selama 30 minit. Ikut oven masing-masing ye.
3. Nak tahu creampuff jadi ke tak, pastikan berongga kat dalam dan bila masak tak kecut semula. Kena try and error oven masing-masing. Sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising ye.\
Guna Nozzle Macam Ni Untuk Rupa Creampuff Lebih Cantik >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Tuan Adriana Arissa