Nasi Minyak Bajet Guna Saja Bahan Yang Ada Di Dapur
Haritu kakak telefon. Abah teringin sangat nak makan nasi minyak katanya, tapi nak guna bahan yang ada kat rumah ja. Jadi jom kita tengok dengan bahan yang sikit ni jadi tak jadi nasi minyak?
Bahan-Bahan:
- 5 cawan beras = 5 cawan air
- 5 biji bawang merah (dimayang halus)
- 1 inch halia (dimayang halus)
- 3 rempah sekawan (3 Bunga lawang, 2 kulit kayu manis & 3 buah pelaga )
- 4 sudu besar Butter
- 1 senduk minyak masak
- 1/4 susu cair
- Sedikit garam
- Pewarna kuning telur
Nota:
- Jika ada beras basmathi boleh guna. Jika tak dak, boleh saja guna beras jasmin ka, jati ka, jalal ka, takpa aihh.
- Jika ada minyak sapi, boleh guna 2 sudu besar minyak sapi dan kurangkan butter kepada 3 sudu besar. Minyak masak tak perlu letak dah. Jika tiada, ikut saja resipi di atas.
- Jika rajin halia boleh dikisar dan masukkan air sahaja. Jika tak rajin mayang halus saja macam saya. Hehe.
Ok, jom kita start!
Cara Memasak:
1. Bahan paling penting adalah butter. Nak bau sedap guna minyak sapi. Tak dak tak pa aihh. Cairkan saja butter, kemudian letaklah minyak masak untuk prevent dia mudah hanguih.
2. Kendian tu kita masukkan segala bahan yang dah dimayang tadi bersama rempah sekawan tadi. Biarkan lah mereka bersuka ria di dalam kuali tersebut hingga naik bau.
3. Masukkan garam. Kalau nak masukkan cukup rasa ka, cukup lazat ka, cukup enak ka, terpulang. Kita buat dia. Saya letak garam ja. Dah naik bau, tutup api.
4. Dalam periuk nasi, sediakan beras yang kita dah cuci dah sukat dengan air biasa. Kalau korang jenis yang suka sukat guna jari, ikutlah. Pastu, masukkan je gitu bahan tumis tadi. Gaullah. Jangan malas! Karang sebelah je rasa nasi minyak, sebelah lagi jadi nasi kosong pulak. Dah rugi.
5. Kemudian, masukkan pula susu cair. Gaul rata. Masukkan juga daun pandan. Ikut koranglah, tak letak pun tak apa. Teruskan masak nasi macam biasa. Bila nasi dah masak, titiskan sedikit pewarna kuning. Dah titis kan gitu. Tutup balik periuk.
6. Tunggu beberapa minit, baru lah gaulkan nasi. Nak gaul pun ada cara tau. Guna lah chopstick ka, lidi sate ka. Kalau tak dak guna garfu pun boleh. Tujuannya tak nak bagi nasi hancur ja ketika gaul.
Haa gitu. Jadi weh jadi! Siapa kata bahan bajet takleh buat nasi minyak? Guna bahan apa yang ada saja. Semerbak baunya, hampir saja jiran tekan loceng rumah.
Resepi Oleh: Nurhayati Abd Malek