Resepi Red Velvet Brownies Dengan Lapisan Cheese
Dah bosan buat brownies biasa? Jom cuba buat versi red velvet pula ditambah dengan topping lapisan cheese yang sedap.
Bahan-Bahan Brownies:
- Tepung gandum – 250g
- Serbuk koko – 15g
- Baking powder – 1/2tsp
(3 bahan di atas ni kena ayak bersama)
- Butter – 130g
- Gula halus – 250g
- Telur gred A – 2 biji
- Esen vanilla – 1tsp
- Buttermilk – 240ml
- Soda bikarbonat – 1/2tsp
- Cuka – 1tsp
Cara Buat Buttermilk: Susu full cream (240gm) + cuka (1tbsp) + pewarna merah (1tbsp). Biarkan 5-10 minit sebelum masukkan dalam adunan.
Cuka & soda bikarbonat: Campurkan 2 bahan ni, tunggu sampai hilang buih terus masukkan dalam adunan. Yang ni buat last sekali bila adunan dah siap.
Cara Membuat Brownies:
1. Cairkan butter, tutup api dan masukkan gula (masa butter tu panas lagi). Masukkan telur satu persatu serta esen vanilla.
2. Kacau sampai gula larut baru masukkan bahan yang dah diayak, diselang seli dengan bancuhan buttermilk tadi. Last sekali baru masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.
3. Masukkan adunan dalam loyang 10″ dan bakar selama 25-30 minit, suhu 185c (ikut oven masing-masing). Simpan sikit adunan kek untuk kita buat deco atas cheese nanti. Sementara kek tengah bakar, boleh prepair untuk cheese atas dia.
Bahan-Bahan Lapisan Cheese:
- Cream cheese – 375g
- Gula halus – 180g
- Whipping cream- 2tbsp
- Tepung gandum – 2tbsp
- Jus lemon – 1tbsp
- Telur – 2 biji
Cara Membuat:
1. Putar cream cheese sampai berkrim, masukkan gula dan mix sampai sebati baru masukkan telur serta jus lemon. Last sekali baru masukkan tepung dan whipping cream.
2. Bila kek dah masak, sejukkan kejap dan baru tuang adunan cheese atas kek tadi. Deco ikut selera masing-masing dan bakar lagi sekali dengan teknik stim bath selama 30 minit, suhu 160c (ikut oven masing-masing).
Guna Loyang Brownies 10 Inci Macam Ni, Baru Senang Nak Potong Nnati >> KLIK DI SINI
Selamat mencuba semua!.
Resepi Oleh: Tyra Manan