snek, Snek

Popia Oksigen Rangup Dengan Sos Sambal

popia-oksigen-rangup-dengan-sos-sambal

Popia Oksigen Rangup Dengan Sos Sambal

Minum petang, bukan maleh nak buh inti, tapi inti tak dak stok dalam peti ais. Pun habis kena makan. Mewah bijan panggang je, nyummm.

Bahan-Bahan:

  • 20 keping kulit popia
  • 3 sudu besar bijan – siap dipanggang
  • sedikit bawang goreng

Bahan Sambal:

  • 3 sudu besar cili kisar yang telah dikisar dengan bawang merah & putih.
  • 2 sudu besar udang geragau – cuci bersih
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan sos cili
  • secubit garam
  • Bancuhan tepung gandum untuk gam lekatkan kulit popia.

Cara Membuat:

1. Lipat popia seperti popia biasa kita makan tu. Di hujung lipatan sapukan gam tepung supaya melekat kemas. Panaskan minyak dan goreng hingga rangup kekuningan, angkat dan toskan minyak.

2. Tinggalkan sedikit sahaja minyak di dalam kuali, tumis cili kisar bersama dengan udang geragau, letak gula dan secubit garam serta sos cili gaul sekata.

3. Apabila kelihatan berbuih terus masukkan popia dan gaul-gaulkan supaya sambal elok merata. Angkat dan tabur bijan serta bawang goreng. Sedia dinikmati.

Popia Oksigen Rangup Dengan Sos Sambal

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish