Pisang Karamel Bersos Kastard Nenas Memang Nyaman Rasanya

Pisang Karamel Bersos Kastard Nenas Memang Nyaman Rasanya

Lama tak jengah pantri, hari ni barulah sempat. Disebabkan cuaca sekarang teramatlah panas dan terik, apakata kali ini kita buat sesuatu yang dapat menyejukkan tekak? Ajom buat!

Bahan Pisang Karamel:

  • 1 sisir pisang
  • Sedikit Butter/Mentega
  • 1 sudu besar gula

Bahan Sos Kastard:

  • 2 tin susu cair
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan air kosong
  • Secubit garam
  • Gula secukupnya
  • 1 cawan nenas

Cara Membuat:

1. Ok, first kita nak caramalized kan pisangnya dulu. So, kita letakkan butter atau mentega dalam pan atau kuali. Dah elok butter cair bolehlah kita susun pisang dalam kuali. Terpulang pada anda mahu belah dua dulu ke pisangnya atau tidak. Lepastu tabur saja gula atas pisang.

2. Lepas gula dah cair bolehlah dibalik balikkan pisangnya agar kesemua bahagian masak sempurna. Dah cukup masak? Pisang karamel is done! Ketepikan kejap. Masukkan dalam peti sejuk. Jom kita buat kuah pulak.

3. Dalam periuk lain masukkan 2 tin susu cair bersama 1 sudu besar tepung kastard yang sudah dibancuh dengan 1/2 cawan air. Gaulkan hingga kuah pekat sedikit. Masukkan nenas dan gaul. Kemudian tutup api barulah masukkan gula. Kenapa tutup api baru masuk gula? Untuk elakkan susu senang hangus.

Susu cair memang mudah hangit nak nak bila awal-awal dah diletakkan gula. Bila hangit pahitlah rasa dia. Bila dah siap! Boleh lah di sejukkan kesemuanya dulu.

4. Keluarkan pisang karamel kita dari peti sejuk. Bau dia memang naik, yelah sebab kita dah panggang dia dengan butter tadi kan?. Kemudian, tuangkan sos kastard nenas kita atas pisang karamel.

Memang enak sungguh dimakan waktu petang. Sambil-sambil tunggu anak balik sekolah tu. Udahlah panas terik nih. Nyaman tekak.

Ini Lagi Sedap Kek Pisang Gebu Kurang Manis Segar Dari Oven >> LIHAT DI SINI

Pisang Karamel Bersos Kastard Nenas Memang Nyaman Rasanya

Resipi oleh: Nurhayati Abd Malek