
Puding Lumut Butter Comel Boleh Buat Niaga
Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak share resepi Puding Lumut Butter. Nak dekat puasa ni kan? jom kita buat, boleh buat untuk buka puasa, nak buat jualan kecil kecilan pun boleh, nak sedekah di surau atau pada jiran-jiran pun menarik, presentable kan?.
Acuan ni dulu tak ada jual di sini, saya beli dari Indonesia. Tapi sekarang dah banyak jual. Di shoppe pun banyak. Resepi ni saya goggles merata-rata, tapi semua dah try and error. Semua saya dah adjust ikut tekak saya. Sebab saya tak suka puding atau agar-agar yang terlalu manis atau terlalu keras. Ada juga yang saya combine dari 2 resepi menjadi satu. Banyak tokok tambah sana sini.
Bahan Lapisan Bawah:
- 5g agar-agar serbuk
- 1 biji telur A
- 125ml santan pekat
- 1/2sk pandan emulco
- 70g gula (resepi asal 85g)
- 350ml air (resepi asal 300ml)
- Secubit garam
Bahan Lapisan Atas:
- 2 kuning telur gred A
- 1/2sk esen vanilla
- 40g butter (dicairkan dan biar sejuk)
- 100g susu pekat manis
- 2sb gula pasir (saya letak 1 sb)
- 5g serbuk agar-agar
- 400ml air (resepi asal 350ml)
Cara Buat lapisan Bawah:
1. Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk, kacau rata hingga gula larut.
2. Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sentiasa jika nak corak lumut yang halus, dan kacau sekali sekala jika nak corak lumut yang kasar. Masak hingga betul-betul mendidih.
3. Akhir sekali, matikan api dan tuang ke dalam acuan. Biarkan beku sedikit.
Cara Buat Lapisan Atas:
4. Dalam satu bekas, masukkan kuning telur, esen vanilla, susu pekat manis dan mentega cair. Kacau rata dengan whisk hingga semua larut dan sebati, ketepikan.
5. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula pasir, kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar-agar larut, kecilkan api.
6. Ceduk sedikit adunan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam bekas berisi bancuhan telur dan mentega, kacau rata dengan whisk, dan tuang kembali ke dalam periuk. Kacau hingga rata dan masak hingga mendidih.
7. Matikan api, sendukkan ke dalam acuan agar-agar lapisan bawah tadi. Biarkan sejuk dan boleh simpan dalam peti sejuk. sedia untuk dinikmati.
Boleh dapatkan Acuan Puding/Agar-Agar Di Sini >> https://shope.ee/fsUVcE8x7
Resepi Oleh: Mas Dalina