Resepi Ikan Tenggiri dan Tauhu Goreng Masak Tauchu

Resepi Ikan Tenggiri dan Tauhu Goreng Masak Tauchu

Bahan-Bahan:

3 keping Ikan Tenggiri – dibersihkan dan digaulkan dengan serbuk kunyit cili dan garam – untuk digoreng
3 atau 4 keping tauhu – dipotong 3 segi kecil – untuk digoreng

+ Sesudah digoreng tepikan

1/2 inci lengkuas – dihiris-hiris atau di titik saja
1 biji bawang besar – dihiris
10 biji bawang merah – dihiris
1 inci halia – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
1 batang cili merah – dihiris
1 batang cili hijau – dihiris
2 batang serai – dihiris-hiriss
3 sudu besar cili kisar
100 gm kacang buncis – dipotong serong dihiris-hiris
3 sudu besar santan pekat
1/2 mangkok air assam jawa
2 sudu besar taucu – dibilas supaya tak masin sangat, dan di lenyit sedikit
Gula secukup rasa
Garam jika perlu
1 kuib knorr Ikan Bilis
Minyak masak untuk menumis

Cara Masak:

1. Panaskan minyak untuk mengoreng. Tauhu dan Ikan di goreng, di toskan dan tepikan dahulu.

2. Panaskan minyak dikuali besar. Masukkan bahan-bahan hirisnya, serai, halia, bawang besar, bawang merah, lengkuas, cili hiris & cili kisar. Tumis semuanya, bila ia mula bangkit baunya, tuangkan air asam, taucu, santan dan sedikit air (jika perlu) dan 1 kuib knorr ikan bilis.

3. Letakkan garam dan gula secukup rasa. Rasa kuahnya (masam, masin, lemak dan manis) Bila ia mendidih masukan bahan-bahan yang digoreng tadi. Gaulkan semua sampai sebati.

4. Kemudian masukkan sayur buncis, gaulkan dan tutup kualinya sebentar. Rasa kuahnya sekali lagi, mengikut citarasa. Kuah mesti, pedas, lemak dan masam manis. Sajikan panas-panas bersama nasi putih. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Tenggiri dan Tauhu Goreng Masak Tauchu

Resepi Oleh: Chef Joha Hassan