Kari, Tips

Petua Masakan Pantang Larang Memasak Gulai

petua-masakan-pantang-larang-memasak-gulai

Petua Masakan Pantang Larang Memasak Gulai

Sambil-sambil tunggu gulai kurma ayam siap tadi, cikgu sempatlah tulis sedikit pantang larang memasak gulai. Memang cikgu takkan sesekali langgarlah.

1. Tunggu sampai pecah minyak

Part ni cikgu ulang dua kali untuk tunggu. Pertama selepas masukkan rempah. Sebab biasa cikgu tak campur air lagi waktu ni. Sampailah rempah tu keluar minyak sedikit. Kedua selepas kita masukkan air. Cikgu tunggu lagi pes betul-betul pecah minyak.

2. Guna api besar

Ada waktu tertentu yang sesuai sahaja untuk guna api besar. Untuk semua jenis masakan gulai cikgu akan pastikan mereneh dalam api kecil sahaja.

3. Bahan kisar cukup

Misalnya bawang merah dan bawang putih tu kena padan dengan kuantiti lauk serta sukatan kuah yang kita ingini. Mok cikgu selalu pesan, bawang putih tu jangan terlebih guna. Nanti rasa gulai jadi lain menyengat.

4. Rempah

Bahagian terpenting dari segi pemilihan jenama yang disukai. Masukkan rempah biar padan dengan jumlah ketul lauk yang dibuat.

5. Santan

Ramai yang silap juga buat kira-kira part ni. Kalau terlebih masuk gulai akan memekat menghasilkan rupa yang tidak menarik. Cikgu paling pantang kalau menggulai santan jadi ‘butir keli’.

Cuba Resepi Ni:  Kuruskan Badan Dengan Teh Kulit Lemon

6. Garam gula

Bagi cikgu dua bahan ini kena seimbang. Lidah cikgu memang terbiasa kena ada manis-manis menyerlah juga dalam gulai. Barulah ‘nyakut’ makan gulai begini. Sekian.

Hasil terakhir kawan cikgu boleh tengok sendiri. Mampu membuka selera semua. Dari pengamatan cikgu tak ramai yang suka buat gulai kurma. Tapi sebenarnya gulai ini boleh menjadi kesukaan anak-anak ya.

Tak percaya cuba buat dulu. Lawan dengan sambal udang dan sayur goreng kubis campur sayur lain. Jangan campur kunyit. Buat ringkas je. Pelengkapnya sambal belacan. Sedapnya pasti tak terkata.

Petua Masakan Pantang Larang Memasak Gulai

Petua Oleh: Afy AL Habibi