Minuman Untuk Kulit Cantik dan Berseri
Pagi ni saya terlebih rajin kongsikan salah satu cara mudah untuk kulit cantik dan berseri. Oleh sebab saya selalu amalkan coffee, maka terselit rasa insaf di hati.
Bahan-Bahan:
- Satu sudu madu
- Beberapa helai daun pegaga
- 2 hiris lemon
- Secubit Habbatus Sauda
- 1 gelas air suam
Cara Membuat:
1. Blendkan daun pegaga dengan air suam, tuang dalam gelas. Masukkan madu, habbatus sauda dan hirisan lemon. Sedia untuk diminum.
Daun pegaga atau Centella Asiatica memang sangat bagus untuk kulit. Amalkan minum segelas atau 2 gelas seminggu jus pegaga mampu berikan wajah kita lebih berseri dan awet muda.
Selain sangat baik untuk kesihatan, pegaga juga beri kesan besar pada kecantikan kerana sifatnya membaiki, merawat dan memelihara tisu.
Sesiapa yang nak kulit anjal, amalkanlah makan atau minum jus pegaga sebab pegaga ni boleh menyokong pembentukan kolagen dan mengelakkan kulit kendur.
Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Liza Idris