Resepi Ayam Masak Kurma Pekat Sedap
Pertama kali masak ayam kurma, saya biasa masak ayam kurma versi pantai timur, warna dia lebih kurang macam gulai. Sedap jugak yer ayam masak kurma ni pakai rempah adabi nie. Lain kali mesti buat lagi. Makan dengan nasi minyak hujan panas, sambal belacan, acar buah, acar jelatah dan keropok warna warni tu.
Bahan-Bahan:
- 1/2 ayam
- 1 mangkuk santan cair
- 1 peket serbuk kurma adabi
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 4 biji bawang merah
- 2 biji ubi kentang dipotong dua
- 1/2 biji lobak merah
- Hirisan cili jika suka
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaannya:
1. Tumbuk bawang putih bersama halia. Manakala, bawang merah dimayang. Tumis sekali hingga naik bau dan kekuningan.
2. Bancuhkan serbuk kurma dengan sedikit air. Masukkan dalam tumisan bawang. Goreng sehingga ia pecah minyak.
3. Kemudian, boleh masukkan ayam. Kacau sebati dengan rempah. Biarkan seketika dalam 2 minit dan baru boleh tambah santan.
4. Kacau sebati, tambahkan ubi ketang dan lobak merah. Masukkan serbuk perasa gula dan garam. Biarkan ia reneh sehingga ayam masak dan ubi kentang empuk.
5. Bila dah semakin pekat kuahnya. Boleh tutup api dan tabur hirisan cili tadi. Dah siap.

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman