Nasi

Nasi Dagang Terengganu Versi Beras Basmathi

nasi-dagang-terengganu-versi-beras-basmathi

Nasi Dagang Terengganu Versi Beras Basmathi

Nak share resepi nasi dagang Terengganu versi beras basmathi lengkap dengan gulai ikan tongkol dan acar timun.

Bahan Nasi Dagang:

  • 4 Cawan Beras Basmathi
  • 1/2 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
  • 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1 sudu besar halba
  • 3 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 1 inci halia (hiris dan potong memanjang)

Cara Mengukus Nasi:

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok). Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.

2. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata, biar seketika hingga semua santan meresap.

3. Masukkan lagi santan sehingga meresap elok, habiskan semua santan cair dan biar sekejap. Kukus semula selama 30 minit lagi.

4. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga halba (tapi saya suka letak bahan-bahan nie masa nak arong santan, saya tidak kukus bahan-bahan nie).

5. Angkat nasi untuk kali kedua dan tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga rata. Tak perlu habiskan jika nampak nasi sudah elok lembutnya. Boleh lah letak dalam bekas dan tekan padat-padat.

Cara Kukus Ikan Aya atau Tongkol:

  • 1 ekor ikan aya atau tongkol
  • 3 kpg asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya

Cara Membuat:

1. Bersihkan ikan aya dan potong. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air. Air hendaklah melebihi paras ikan.

2. Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan-Bahan Kuah Gulai:

  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup * (Bahan * diblender)
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang – boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas untuk gulai nasi dagang
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan – optional
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 15 biji cili padi
  • minyak

Bahan Penumis:

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Kerabu Golok

2. Masukkan 1/2 cawan air dan tumis lagi sehingga garing dan betul pecah minyak. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan atau gula melaka, garam dan gula.

3. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang dah direbus tadi. Renih lagi sehingga kepekatan kuah yang disukai. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.

4. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api. Ikan aya/tongkol lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam-masam tu meresap ke dalam isi ikan. Kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dalam gulai ni, nanti rasa gulai lagi sedap.

Kalau nak lagi sedap kuah buat macam nie yer;

1. Masak Santan sehingga naik minyak. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, air asam jawa, dan gula melaka.

2. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.

3. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak, kalau mahu pekat masak lama. Siap!.

Resepi Acar Timun:

  • Timun
  • Carrot
  • Cili Merah dan Bawang

Semua dihiris memanjang

  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu garam ( optional)
  • 2 sudu cuka ( pakai cuka jalen xmasam sngt)

Cara Membuat: Gaul sebati dan boleh lah dihidang.

Nasi Dagang Terengganu Versi Beras Basmathi

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman