
Cara Buat Karipap Inti Sardin dan Kentang
Assalamualaikum. Good morning. Rise & shine.
Saya breakfast dengan karipap yang dibuat semalam. Alhamdulillah, tak ada yang bocor. Puas hati sangat dapat makan karipap yang berinti padat. Bukan karipap oksigen! Resipi ni saya ambil dari peniaga yang sememangnya tak lokek berkongsi resipinya, JJ Pau Mawar. Seringkali beliau berkongsi resipi di socmed. Itu yang membuatkan saya yakin sangat untuk mencubanya. Saya cuma ubah sedikit cara penyediaannya sahaja mengikut cara saya. Saya bahagian doh kepada 25g setiap satu. Untuk resipi inti, saya gunakan resipi saya sendiri. Kepada yang ingin mencuba, dipersilakan.
Bahan-Bahan Kulit Karipap (20-25 ketul):
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sdb besar marjerin
- 1 sdb minyak masak
- 1 sdt gula
- 1/2 sdt garam halus
- 3/4 cawan air sejuk
- 2-5 batang daun bawang/daun sup (hiris halus)
- 1/2 batang lobak merah (sagat halus)
- Minyak untuk mengoreng
- Inti secukupnya
Cara Penyediaan:
1. Masukkan kesemua bahan kering serta sayur yang dihiris dan disagat ke dalam mangkuk.
2. Panaskan minyak dan marjerin. Tuang ke dalam mangkuk yang mengandungi tepung. Gaul dengan senduk kayu dahulu. Apabila sudah suam, gaul sehingga peroi seperti serbuk roti.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit (Saya hanya gunakan 1/2 cawan lebih sikit sahaja). Uli sehingga doh licin dan perap 10 minit. Timbang doh 20g atau 25g.
4. Gelek doh sebesar lebih kurang 1/2 dari saiz tapak tangan. Letakkan inti dan kelim. Buat sehingga habis. Karipap sedia untuk digoreng atau dibekukan.
Nota:
- Jangan tuang kesemua air ke dalam tepung serentak. Doh tidak perlu terlalu lembik supaya karipap garing dan ranggup.
- Kaedah untuk dibekukan: Bakar seketika di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15 minit.
Bahan Inti Sardin Kentang: 20-25 ketul karipap
- 1 tin sardin
- 1 sdb air asam jawa
- Sebiji kentang (dipotong dadu)
- Hirisan daun sup
- Bahan yang dihiris halus:
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 3 biji cili padi
- 2 batang cili merah
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris halus sehingga sedikit layu. Masukkan ikan sardin, air asam jawa dan kentang. Hancurkan ikan. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kering.
2. Akhir sekali, masukkan hirisan daun sup. Kacau rata dan sejukkan sebelum digunakan.
Nota:
- Toskan minyak berlebihan (jika ada) sebelum digunakan.
- Tambah kuantiti cili jika suka pedas.
Ni inti yang saya buat. Saya paling sukakan karipap sardin dari dulu lagi. Tapi, kalau takut nak makan sardin (atas beberapa isu few months ago), buatlah inti kegemaran masing-masing. Ini cara saya. Jika suka, bolehlah ikut. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah