Ikan, Kari, Makanan Laut

Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol

resepi-gulai-kuning-ikan-tongkol

Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol

Bahan-Bahan: (5/6 orang makan)

1 ekor ikan tongkol (potong ikut kehendak)
Santan dari sebiji kelapa
1/2 lada besar
1/2 inci lengkuas di hiris
1 sudu pes cili kering
1 sudu teh serbuk ketumbar
Garam, gula dan perasa

Bahan Tumis –

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

Cara Memasak:

1. Ikan di bersihkan dan direbus bersama dengan 2 atau 3 keping asam keping, sedikit lengkuas yang di hiris dan sedikit garam. Rebus ikan sehingga airnya agak kering. Ketepikan.

2. Tumbuk bahan tumis hingga hampir lumat. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk serta hirisan lengkuas dan pes cili kering sehingga terbit minyak.

4. Masukkan santan, biarkan hingga mendidih. Jangan lupa untuk selalu mengacau masakan agar kuahnya tidak berketul.

5. Apabila mendidih, masukkan ikan, asam keping, serbuk ketumbar, lada besar garam, gula dan perasa secukupnya.

6. Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Asam Pedas Ikan Senangin

Gulai Kuning Ikan Tongkol