Nasi

Resepi Nasi Kuning Terengganu Dengan Gulai Ikang Aya

resepi-nasi-kuning-terengganu-dengan-gulai-ikang-aya

Resepi Nasi Kuning Terengganu Dengan Gulai Ikang Aya

Rasepi Nasi Kuning Terengganu

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras
  • Rempah 4 sekawan
  • 1/2 labu bawang besar ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 1 inci halia ~ diketuk
  • 2 helai daun pandan ~ di simpul
  • garam
  • sedikit pewarna kuning
  • air (ikut sukatan beras yang digunakan)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu minyak

Cara Masak:

1. Basuh beras dan rendam seketika, dan toskan. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk nasi (rice cooker).

2. Masukkan rempah 4 sekawan. Masukkan juga bawang besar, goreng hingga wangi dan bawang layu. Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.

3. Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan beras kacau sebati dan masukkan air (air sukatan beras masing-masing ye).

4. Masukkan sedikit garam dan pewarna kuning, tanak seperti biasa, dah masak biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.

Resepi Gulai Ikan Aya atau Tongkol

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan aya@tongkol (saya guna aya hitam)
  • 5 kpg asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya

+ Bersihkan ikan aya dan potong. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air. Air hendaklah melebihi paras ikan.

+ Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan-Bahan Kuah –

  • 1 senduk cili mesin (saya kisar cili kering)
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup* – Kisar sehingga lumat bahan-bahan yang bertanda*
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas untuk gulai nasi dagang
  • 1 cawan santan fresh/pekat
  • 5 cawan air
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 15 biji cili padi (merah dan hijau)
  • minyak masak

Bahan Penumis –

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

Cara Masak:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili kisar.

2. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.

3. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.

4. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau. Masukkan air rebusan ikan, nisan/gula melaka, garam dan gula.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Briyani Dengan Ayam Masala

5. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang dah dimasak tadi. Renih lagi kuah hingga kepekatan yang disukai.

6. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

+ Ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam-masam tu meresap ke dalam isi ikan.

+ Kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dalam gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap.

Acar Timun

Bahan-Bahan:

  • 2 biji timun (dipotong panjang)
  • 1/2 batang carrot (hiris panjang dan halus)
  • 2 ulas bawang merah (dimayang)
  • 2 sudu besar cuka (saya guna cap jalen. tak masam sangat) ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
  • 1 sudu besar gula (atau secukup rasa)

Cara Buat:

1. Larutkan cuka dengan gulai sehingga sebati dan gaulkan kesemua bahan dalam satu bekas hingga rata.

2. Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis siket. Biarkan mesra baru la dihidangkan.

Sambal Belacan

Bahan-Bahan:

  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili api (nak pedas boleh tambah lagi)
  • belacan sebesar ibu jari tangan (dibakar)
  • 1/2 sudu besar gula
  • 2 biji limau kasturi (saya buang biji dan hiris nipis-nipis gaul dalam sambal)
  • hirisan mangga muda (cincang halus)

Cara Buat:

1. Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat. Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.

2. Masukkan mangga muda yang telah dicincang dan girisan limau kasturi, gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Resepi Nasi Kuning Terengganu Dengan Gulai Ikang Aya

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman