Laksa

Resepi Asam Laksa Kuah Pekat Lebih Sedap

resepi-asam-laksa-kuah-pekat-lebih-sedap

Resepi Asam Laksa Kuah Pekat Lebih Sedap

Semangkuk asam laksa lengkap yang kuah berpalit pekat elok. Cukup ulam dia lepas tu tabur isi ikan sardin yang digoreng. Menangis sedap. Sifir Ben pegang untuk kuah pekat elok, 1 kilo ikan = 3 liter jumlah air. Insyaallah puas hati sangat buat makan sendiri. Asam laksa cina ni sifat dia masam, manis, pedas. Dia lain dengan rasa kuah laksa penang walau nak sama rupa.

Bahan-Bahan Kuah Asam Laksa:

  • 3 liter air
  • 1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
  • 1 tin sardin Ayam Brand (425 gram) – kuah tak ambil.
  • 5 senduk cili kisar
  • 3 sudu makan asam jawa
  • 8 keping asam keping gred elok (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping)
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun pudina
  • Gula melaka/gula merah hancur secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa

Nota: Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Yang kali ni Ben tak letak.

Bahan Kisar:

  • 100 gram bawang merah besar India
  • 25 gram belacan
  • 13 tangkai cili padi hijau
  • 1 batang serai saiz sederhana
  • 300 gram nanas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas

Ulam Asam Laksa Cina:

  • Daun salad
  • Bawang merah besar India
  • Asam limau kasturi
  • Telur rebus
  • Timun
  • Cili Padi
  • Daun Pudina

Cara Memuat:

1. Rebus ikan, boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap. Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman. Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan. Bila ikan rebus dah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.

2. Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Laksa Johor

3. Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa, belahan bunga kantan, daun kesum, dan daun pudina.

4. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa. Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam dan pedas kuah.

5. Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. Keluarkan semua. Boleh la hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.

6. Sementara itu, basuh isi ikan sardin, goreng biar garing luar lepas tu bagi hancur kasar. Nak makan nanti tabur atas laksa bersama dengan bahan ulaman lain. Fuhh.

Resepi Asam Laksa Kuah Pekat Lebih Sedap

Resepi Oleh: Ben Safwan