Kuih Muih

Karipap Telur Gergasi Guna Roti Canai Frozen

karipap-telur-gergasi-guna-roti-canai-frozen

Karipap Telur Gergasi Guna Roti Canai Frozen

Teringin nak makan karipap telur gergasi. Kat rumah memang sudah ada roti canai frozen brand KAWAN & LAZAT. Resepi yang sangat mudah, karipap telur atau karipap giant guna kulit paratha Kawan. Yang ni memang saiz standard sekeping besar.

Bahan-Bahan:

  • Roti Prata segera brand Kawan.
  • Telur ayam
  • Bawang besar/bawang merah
  • Cili merah/cili hijau
  • Garam
  • Daun sup/ daun bawang
  • Serbuk kari/serbuk paprika
  • Coleslaw (kobis/karot/mayonis + sos keju/serbuk lada putih/garam bukit. Satukan hingga sebati)
  • cream cheese/mozarella/cheddar (lagi best so delicious)

Korang boleh isi inti apa-apa je. Terpulang pada tekak masing-masing macam inti sardin/kentang/ayam/telor rebus/ayam black pepper dll.

Cara Membuat:

1. Ambil sekeping roti prata. Letak dalam pinggan melengkung untuk mengelak telor tumpah. Pecahkan sebiji telur dalam roti prata. Bubuh bawang/daun sup/serbuk kari + paprika/garam/cili/coleslow.

2. Lipat roti prata separuh dulu dan berhati-hati ye. Yang ni perlukan kesabaran yang tinggi tau sebab roti dah jadi lembik sikit.

3. Kelim tepi atau guna garfu untuk tutup habis karipap ni. Masukkan dalam peti sejuk beku dalam 5 minit untuk kasi separuh keras supaya kita boleh tanggalkan plastik lapik roti prata ini.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Cakoi

4. Boleh goreng terus dalam kuali dengan minyak panas. Nak guna air fryer lagi bagus sebab kurang minyak. Guna suhu 180 darjah selama 10 minit. Kemudian terbalikkan sebelahnya pula, bakar suhu yang sama selama 10 minit.

5. Dah siap.. So crunchy berlapis-lapis roti prata ni. Makan cicah dengan sos cili burger cap kipas udang. Selamat mencuba.

Karipap Telur Gergasi Guna Roti Canai Frozen

Resepi Oleh: Zainor Shima Ihsan