Kek

Resepi Hokkaido Chiffon Cupcakes

resepi-hokkaido-chiffon-cupcakes

Resepi Hokkaido Chiffon Cupcakes

Bahan-Bahan:

Bahan A –

3 biji kuning telur
60 gram tepung kek
20 gram gula kastor
40 ml susu segar
40 ml minyak jagung
Sedikit esen vanilla

Bahan B –

3 biji putih telur
40 gram gula kastor

Custard Filling –

200 ml susu segar
1½ tbsp tepung kastard
3 tbsp gula kastor
1 cawan non dairy whipping cream

Cara Buat:

1. Pukul kuning telur bersama gula hingga kembang. Masukkan tepung (ayak terlebih dahulu), minyak, susu dan esen vanilla. Kacau rata. Ketepikan.

2. Putar putih telur hingga kembang. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga bertanduk.

3. Satukan Bahan B ke dalam A secara berperingkat dan kaup balik hingga adunan sebati. Masukkan dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 170C selama 25-30 minit.

Custard Filling –

Satukan semua bahan kecuali whipping cream dan masak di atas api yang sederhana. Bila sejuk, satukan bersama whipping cream yang dipukul kental terlebih dahulu. Boleh taburkan snow sugar/gula aising untuk hiasan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Larut Malam

Resepi Hokkaido Chiffon Cupcakes

Resepi Oleh: Pn Zubaidah Hj Yusof