Kek

Cara Buat Lemon Blueberry Pound Cake

cara-buat-lemon-blueberry-pound-cake

Cara Buat Lemon Blueberry Pound Cake

Bahan Kek:

  • 2 cups + 1 tsp tepung gandum serba guna
  • 1 1/4 cups gula castor (akak 2/4 cup)
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cup (125g) butter suhu bilik
  • 1/2 cup susu segar
  • 2 tbsp jus lemon
  • 1 tbsp kulit lemon diparut (bahagian kuning sahaja)
  • 1/4 tsp garam – jika guna unsalted butter
  • 1/4 tsp baking soda (akak 1/2 tsp)
  • 1/2 tsp baking powder – akak tambah
  • 1 cup blueberry

Bahan Lemon Glaze:

  • 1 cup gula icing
  • 2 tbsp butter dicairkan
  • 1 tbsp jus lemon
  • 1 tbsp susu segar/air

+ Ayak gula icing. Campurkan dengan semua bahan. Putar hingga sedikit pekat.

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 170c. Sapukan butter dan alas loyang 9×5 inci dengan baking paper (akak guna bundt pan saiz 7 inci).

2. Di dalam mangkuk kecil, whisk susu bersama parutan kulit lemon dan jus lemon. Biarkan selama 10 minit. Susu akan menjadi sedikit berketul, itu normal.

3. Ayak bahan kering iaitu 2 cup tepung, baking soda, baking powder dan garam. Di dalam bekas lain, gaulkan blueberry dengan baki 1 tsp tepung, ketepikan.

4. Di dalam mangkuk pengadun. Guna mixer dan putar butter bersama gula hingga berwarna pucat dan berkerim selama 3, 4 minit. Guna kelajuan sederhana.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Hawaii Coconut Pandan

5. Masukkan telur satu demi satu dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan 1/3 bahan kering selang seli dengan 1/3 susu. Putar hingga habis.

6. Akhir sekali, masukkan blueberry ke dalam adunan, guna spatula dan kaup balik hingga adunan elok sebati.

7. Masukkan adunan kek ke dalam loyang. Bakar dengan suhu 170c selama 45-60 minit atau hingga masak keperangan (oven akak 50 minit).

8. Biarkan kek di dalam loyang selama 5 minit. Selepas itu, keluarkan kek dan sejukkan di atas rak dawai. Biarkan kek betul-betul sejuk baru hiaskan dengan lemon glaze. Hepi menerai.

Cara Buat Lemon Blueberry Pound Cake

Resepi Oleh: Kak Roy